Membazir amalan siapa?

by - June 14, 2017

Assalamualaikum semua!

Di bulan Ramadhan yang mulia ni janganlah kita membazir *jentik tangan sendiri
Membazir kan amalan syaitan. Tak gitu? Jadi aku nak seru semua pembaca blog aku yang comel-comel ni supaya beringat semasa membeli makan berbuka di bazaar, lagi-lagi kepada yang sentiasa berazam untuk menguruskan badan! Elakkan membeli air manis dan berais dan gantikan dengan air suam, lagi baik kalau minum teh hijau suam. Nikmat woo!

Bagi yang suka membeli produk pulak, haa jom beli dekat Hermo sekarang sebab ada 612 Anniversary Sale. Masa ni lah korang nak beli produk-produk yang mahal dengan harga yang jauh lebih murah! Sale bermula 12-18 Jun, jadi korang ada lebih kurang 4 hari lagi untuk grab sale ni. Setiap hari ada sale yang berlainan, ada RM1, RM6, RM2, game yang boleh dapat voucher (kalau menang lah), XOMO Flash Deal, eh macam-macam lah! Jangan lupa sign up sebagai ahli untuk dapat semua kelebihan ni okay? Boleh klik ↠ SINI ↞ untuk join tauu. Produk apa yang best dekat Hermo? 

Okay aku cerita sikit yer pasal Hermo ni.

Hermo ni adalah hub online yang beli barangan daripada macam-macam negara contohnya Korea dan warehouse ada di Malaysia, kiranya bila kita beli barangan tu stok bukanlah daripada Korea sebab Hermo dah beli awal-awal dan simpan di Malaysia jadi memang cepatlah barang sampai depan rumah! Best kan? Semua barangan adalah tulen, jangan risau ya. Produk yang best bagi akulah, Cosrx, Innisfree, Nyx eh banyaklah! 



Okay ni produk kedua yang aku beli daripada Hermo. First time beli agak slow lah, sebab masa aku beli tu cuti am jadi GDex hantar lewat sikit tapi semua barang dalam keadaan okay. Kali kedua beli, laju yakmat, beli hari Ahad dapat hari Isnin guna Pos Laju kali ni. Betul-betul laju, good job!

Gais, tolong doakan breakout di wajahku pulih yerr. High expectation ni masa beli Cosrx, sebab tengok review dua benda ni Acne Pimple Master Patch dengan One Step Pimple Clear Pad ni okay untuk cystic acne yang merah-merah tu sebab hormon tak stabil. Pulak Sofea jadi testimoni berjaya pulak kann, lagii tazabarrr nak tengok hasil. Lagi sebulan aku buat review yer, kalau ada masa lah *if you know what I'm up to noww~




♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts