Toowoomba Deli & Meats (Steak House)

by - December 14, 2016

Assalamualaikum and Hello peeps!

Hari ni aku nak bercerita pasal keinginan untuk mengunyah dim sum oleh kami bertiga iaitu aku, Ain dan Kak Liya. Gigih mencari dekat Insta ape semua maka terjumpalah restoran ni. Masa nak cari restoran ni agak pening jugalah. Padahal tak reti pakai Waze kan. HAHAHA!

Macam biasa, Kak Liya paling gigih antara kami bertiga tengok Waze sambil driving. We salute you Kak Liya! 😝😝😝 Ain menjadi co-pilot dan aku? Aku jadi third wheels KAH KAH KAH!
Tak laaahhhh. Aku jadi pemerhati DAN penganalisis Waze supaya tak terlepas jalan.

Sesampai kami di restoran ni, kami pilih semua dim sum yang terdapat dalam buku menu. Dim sum dia semua murah jugaklah berbanding yang aku makan di Dolly Dim Sum dan rasanya okay sikit sebab kurang penambah perasa iaitu Monosodium Glutamate (MSG) yang buat aku pening lalat on the spot!

Harga untuk setiap dim sum adalah RM3.70 sebekas. Tak ingat pulak nak snap gambar menu kan? Okay mungkin lain kali yeaaa. Tapi untuk minuman dekat restoran ni sis boleh bagi 2 bintang sahaja. Mahaiiii gedebak! Semua berharga RM8.90 kalau tak silap aku. Menyesal gila sebab pilih air Limau ais je. Ceh! Jom kita tengok gambar-gambar masa kitorang melantak dekat sini :)


Yahh, 10 bekas untuk kami bertiga sahaja. Sos cicah dia biasa-biasa aja. Suasana restoran best, berkayu-kayan gituh. Sebenarnya restoran ni specialised untuk steaks and western foods, dim sum ni adalah produk baru untuk restoran dorang. Kami decide untuk makan dim sum je sebab lepastu nak pergi makan tempat lain lagi. Mihmihmih~
NEXT RESTAURANT? Nantikan pada entri seterusnya✈



Deeb dan muka menahan lapar. Dalam hati meronta-ronta nak ngap. Hiks!



My babies right here! Oh macam biasa Kak Liya tak habis makan. Hahahahahhahha.

Okay babe, till we meet again. XOXO


♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts